
CENTRE JAGAAN
PESAKIT & WARGA EMAS
Setiap pesakit dilayan seperti keluarga sendiri, dengan penjagaan rapi & sokongan emosi.



Perkhidmatan MKJ
Jagaan Sementara/Jangka Pendek (24 Jam)
Jagaan Bulanan/Jangka Panjang (24 Jam)
Jagaan Harian/Balik Hari
Pilihan Perkhidmatan Jagaan di MKJ
Kami sediakan pelbagai jenis jagaan fleksibel, sama ada di pusat jagaan, hospital atau terus ke rumah anda.
Mobile Care MKJ (Home Care / Hospital Care)
Kami menyediakan khidmat penjagaan kesihatan secara peribadi di rumah atau hospital. Mengikut keperluan pesakit.

Perkhidmatan Physiotherapy
Rawatan pemulihan fizikal oleh tenaga mahir untuk membantu pesakit kembali cergas, bergerak lebih aktif dan bertenaga.

Penjagaan di Rumah / Hospital
Jururawat bertauliah datang terus ke rumah atau hospital, memberi jagaan profesional dalam suasana selesa pesakit.

Perkhidmatan Cucian Luka
Rawatan luka dijalankan secara profesional, memastikan kebersihan terjamin serta mengelakkan risiko jangkitan berulang.

Perkhidmatan Grooming (Mandi / Sponging)
Bantuan menjaga kebersihan diri pesakit seperti mandi, sponging dan persediaan asas harian dengan penuh prihatin.

Perkhidmatan Penukaran Tiub CBD / NGT
Prosedur dijalankan oleh nurse bertauliah dengan berhati-hati untuk keselamatan, keselesaan dan kesihatan pesakit.
Jagaan di Pusat Jagaan MKJ
Kami juga menyediakan khidmat penjagaan warga emas di Pusat Jagaan MKJ.

Jagaan Harian
Pesakit dijaga pada waktu siang dengan aktiviti harian teratur, sementara keluarga bekerja atau berehat.

Jagaan Sementara / Holiday Care
Pilihan sesuai ketika keluarga bercuti atau sibuk, memastikan pesakit tetap selamat dan dijaga dengan baik.

Jagaan Bulanan 24 Jam
Jagaan sepenuh masa dengan pemantauan rapi sepanjang hari, sesuai untuk pesakit kronik atau warga emas.
MKJ Menawarkan Penjagaan Khusus
Kami berpengalaman menguruskan dan menawarkan penjagaan khusus untuk pelbagai keadaan kesihatan – dari warga emas hinggalah pesakit kronik.

Pesakit Dementia
Pesakit dengan masalah memori dan kebingungan, memerlukan jagaan berterusan dan sokongan penuh setiap hari.

Pesakit Alzheimer
Pesakit Alzheimer diuruskan dengan pendekatan penuh kesabaran, dari Alzheimer peringkat awal hingga keadaan lanjut.

Pesakit Strok
Pemulihan dan penjagaan rapi selepas serangan strok, membantu pesakit bergerak semula secara berperingkat.

Warga Emas
Jagaan harian atau sepenuh masa untuk ibu bapa, memastikan keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan mereka.

Selepas Pembedahan
Penjagaan pemulihan intensif selepas prosedur pembedahan, memastikan proses sembuh lebih selamat dan teratur.

Patah Tulang
Sokongan mobiliti dan rawatan asas untuk pesakit yang mengalami patah tulang sehingga kembali pulih sepenuhnya.

Pesakit Kanser
Penjagaan paliatif dan sokongan emosi bagi pesakit kanser untuk rasa lebih tenang, sokongan emosi dan menjalani hidup yang berkualiti.

OKU / Penyakit Kronik
Jagaan berterusan untuk pesakit OKU atau kronik, dengan rawatan mengikut keperluan khusus masing-masing.
Tak pasti servis mana sesuai untuk anda? Klik butang di bawah untuk konsultasi percuma.
Kenapa Pilih Pusat Jagaan Mahligai Kasih Juju?
Kerana kami percaya setiap pesakit berhak dilayan seperti keluarga sendiri.

Penjagaan Penuh Kasih Sayang
Setiap pesakit dijaga dengan penuh perhatian, layanan mesra serta kasih sayang seolah-olah mereka adalah ahli keluarga sendiri.

Pasukan Berpengalaman
Kami mempunyai caregiver dan nurse terlatih yang berpengalaman luas dalam penjagaan warga emas, pesakit kronik serta pemulihan selepas sakit.

Kemudahan Lengkap & Selesa
Fasiliti pusat jagaan yang bersih, mesra pesakit dan selesa, direka untuk menyokong proses pemulihan fizikal serta kesejahteraan emosi.

Mobile Care di Rumah / Hospital
Kami menyediakan khidmat penjagaan fleksibel di rumah atau hospital, agar pesakit lebih tenang dalam persekitaran pilihan mereka sendiri.

Pemulihan & Sokongan Emosi
Selain rawatan fizikal, kami juga memberi fokus kepada sokongan emosi agar pesakit berasa dihargai, lebih ceria dan bersemangat setiap hari.

Dipercayai Ramai Keluarga
Pusat Jagaan MKJ telah menjadi pilihan ramai keluarga yang mengutamakan jagaan rapi, selamat dan penuh keikhlasan untuk orang tersayang.
Apa Kata Keluarga Pesakit Tentang MKJ?
Setiap kata-kata mereka adalah bukti keikhlasan dan kasih sayang dalam jagaan kami.










Aktiviti Harian Untuk Keceriaan Mereka
Kami percaya pesakit lebih sihat bila fizikal, mental & emosi dijaga bersama.










Di MKJ, setiap hari pesakit dilibatkan dengan aktiviti yang sesuai untuk kesihatan & kebahagiaan mereka.
Mudah Sahaja Untuk Mulakan Jagaan di MKJ
Hanya beberapa langkah ringkas untuk pastikan orang tersayang dijaga dengan penuh perhatian.

Hubungi Kami Sekarang
Pasukan MKJ sedia membantu anda 24/7 untuk sebarang pertanyaan & konsultasi percuma.
Cawangan Pusat Jagaan MKJ
Pilih cawangan terdekat untuk dapatkan jagaan orang tersayang.





Cawangan Bukit Baru, Melaka
Pusat Jagaan Mahligai Kasih Juju
Sin Hoe Garden, C 374, Jalan Bukit Baru, Taman Putra, 75150 Bukit Baru, Malacca





Cawangan Bachang, Melaka
Pusat Jagaan Mahligai Kasih Juju
25, Jalan Duku 2, Taman Rumpun Bahagia, 75250 Melaka





Cawangan Hulu Langat, Selangor
Pusat Jagaan Mahligai Kasih Juju<br>
No 3 & 4, Jalan Lestari Mewah 3, Taman Lestari Mewah, 43100 Hulu Langat, Selangor
Soalan Lazim Tentang MKJ
Kami faham anda ada persoalan, berikut jawapan untuk mudahkan keputusan anda.
Berapa kos jagaan di MKJ?
Kos berbeza mengikut jenis jagaan (harian, bulanan atau mobile care). Hubungi kami untuk konsultasi percuma & dapatkan sebut harga jelas.
Adakah semua jenis pesakit diterima?
Kami menerima pesakit warga emas, strok, dementia, Alzheimer, selepas pembedahan, patah tulang, kanser, OKU dan pelbagai penyakit kronik.
Adakah MKJ mempunyai jururawat bertauliah?
Ya, pasukan kami terdiri daripada caregiver & jururawat berpengalaman serta bertauliah dalam penjagaan pesakit.
Bolehkan pesakit dijaga di rumah sendiri?
Boleh, melalui servis Mobile Care MKJ. Nurse akan datang ke rumah atau hospital untuk rawatan & penjagaan mengikut keperluan pesakit.
Bagaimana proses pendaftaran?
Mudah sahaja – hubungi kami, bincang tentang keadaan pesakit, pilih jenis jagaan, dan pesakit boleh mula menerima jagaan daripada kami dengan segera.
Adakah lawatan keluarga dibenarkan?
Ya, keluarga boleh melawat pesakit di pusat jagaan pada waktu lawatan yang ditetapkan. Kami galakkan sokongan moral keluarga.